SELAMAT DATANG KE BLOG SYASHA CACA . SAYA SAYANG AWAK MOHD AZZAMUDIN BIN AZHAR . ILOVEYOUSOMUCH BIY ,

Saturday 4 February 2012

4 LELAKI YANG DITARIK KE NERAKA






Pertama: Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


Kedua: Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Ketiga: Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


Keempat: Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda…kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Friday 3 February 2012

BERANI MENCINTAI , BERANI MENIKAHI


“Jika Anda Berani Mencintai, Anda Juga Harus Berani Menikahi..”
♥ Sedar atau tidak, selama ini kita mudah untuk saling mencintai.. Namun kita sendiri tak berani untuk mengambil langkah yang pasti kan?
♥ Berbeza dengan sepasang kasut yang hanya mempunyai aspek dari segi kiri dan kanan, berkahwin merupakan penyatuan dua manusia, lelaki dan wanita. Dari segi anatomi sahaja sudah tidak sebangun, apatah lagi urusan jiwa dan hatinya. Keserasian, minat dan latar belakang keluarga bukanlah  jaminan segalanya akan lancar..
♥ Kalau kita berani mencintai, sesungguhnya kita sedang belajar untuk bertindak dewasa. Mengapa? Kerana berkahwin adalah proses pendewasaan. Dan untuk memasukinya, diperlukan calon yang kuat dan berani. Berani menghadapi masalah yang akan terjadi dan mempunyai kekuatan untuk mencari jalan keluarnya.
♥ Kedengaran  indah, tetapi kenyataannya? Haruslah ada ‘komunikasi dua arah’, ‘ada kerelaan mendengar kritikan’, ‘ada keikhlasan meminta maaf’, ‘ada ketulusan melupakan kesalahan‘ dan ‘keberanian untuk mengemukakan pendapat’.
♥ Sekali lagi, apakah sudah selesai sampai disini sahaja dalam hal cinta-mencintai kemudian putus di tengah jalan begitu sahaja? Tidak, jangan buat begitu..
♥ Ketika kita memutuskan untuk mencintai, kita harus bersiap-sedia memasuki pintu gerbang cinta yang sebenarnya. Ya, gerbang itu bernama PERNIKAHAN. Pernikahan bukanlah upacara memakai gaun pengantin ala ‘cinderella’, apatah lagi rangkaian kenderaan tetamu jemputan yang mensesakkan jalan.
♥ BERKAHWIN adalah satu sikap dan tindakan yang berani untuk memutuskan berlabuhnya cinta, ketika ribuan kapal pesiaran yang gemerlap memanggil-manggil..
♥ BERKAHWIN adalah proses penggabungan dua orang berkepala batu dalam satu ruangan, dimana mereka akan diuji sejauh mana pembuktian cinta mereka yang sebenarnya.
♥ Kerana MENIKAH adalah proses pengenalan diri sendiri mahupun pasangan kita. Tanpa mengenali diri sendiri, bagaimana kita boleh memahami orang lain?  Tanpa boleh memerhatikan diri sendiri, bagaimana kita boleh memerhatikan pasangan hidup?
♥ Kerana PERKAHWINAN sangat memerlukan keberanian tinggi, toleransi sedalam samudera, serta jiwa besar untuk ‘menerima’ apa yang ada dan apa adanya.
♥•♥ Jika Anda Berani Mencintai ♥•♥
♥•♥ Anda Harus Berani Menikahi ♥•♥
♥•♥ Khususnya Kepada Kaum Lelaki ♥•♥
♥•♥ Jangan Hanya Pandai Menabur Janji ♥•♥
♥•♥ Di Sana dan Sini Banyak Terluka ♥•♥
♥•♥ Akhirnya Memupuk Rasa Sakit Hati ♥•♥
mencintai perkahwinan
Siapa yang berani mencintai, maka dia harus
 bersedia untuk menikahi..
Bukankah dengan menikah, mereka akan disejajarkan Rasulullah SAW dengan mujahid fii sabilillah yang dijanjikan akan mendapat pertolongannya!
Kerana kata Baginda, tiga golongan yang mendapat bantuan Allah adalah mereka   yang menikah untuk memelihara kesucian diri, hamba yang hendak membayar kemerdekaan dirinya, dan orang-orang yang berperang di jalan Allah.
~ (HR Ahmad, Turmudzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah)

Thursday 2 February 2012

JIKA DIA BUKAN JODOHKU ?


Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan.
Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud Ayat-9:
“Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”
Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan.
Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu.
Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita.
Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita.
Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan tuhan.
Ujian Jodoh
Jika seseorang itu JODOH kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.
Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah.
Perbanyakkan doa untuk kebaikkan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain.
Ujian Cinta
 Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman. InsyaAllah.. =)

Thursday 26 January 2012

HAPPY ANNIVERSARY SAYANG !


hey awak-2 , ary niy teringin plak nak buad blog pasal 
HAPPY ANNIVERSARY ,
harap-2 masih blum terlambat walaupun tarikh nye 22 ary bulan ,
huh ! mmg tiap-2 bulan kite org sambut aasal 22 ary bulan ,
bulan niy genap la aku dengan die 3TAHUN 1BULAN 26HARI 24JAM 1MINGGU 60SAAT , hahaha ! okey la tu , lame kan kiteorang bersame ,
INSYA-ALLAH kalo bule nak kekal sampai ke jinjang pelamin AMIN ~~

kali niy sambut ulangtahun pun just wish dalam fon je , 
tak dapat jumpe sebab sidie kad negeri9 ,
tapi tapela aku faham kau sayang ,
aku harap kau tak lupe aku kad sini , aku selalu ingat kau ,

aku dengan sidia pun jarang jumpe maklum la 2'2 busy kan mengalahkan artis ,
hahahaha ! tapi kami saling faham , 
ALHAMDULILLAH hubungan kami semakin baik walaupun kekadang gaduh ,
adat la kan orang berpacaran niy ,

aku bahagie bersama sidia , banyak kenangan suka dan duk kita lalui bersame,
tapi sume to bukan penghalang untuk aku dan sidia ,
die seorang penyabar , penyayang , selalu ambik berat ,
aku harap hubungan niy kekal sampai bebila ,
okey cukup la kod sampai sini , HAHAHA ! aku mmg suke mgarut bukan-2 ,
SORRY TO SAY !! ILOVEYOU AZZAMUDDIN AZHAR <3

Tuesday 24 January 2012

CARTA HATI AKU

hey korang kali niy aku nak cerita pasal CARTA HATI aku 
yang selalu buad aku tersenyum sampai ke telinge :)
mereka adalah sumber kekuatan aku ,
 mereka jugak lah sahabat , adek , abang , & kaka aku , 
aku sayang mereka <3
ILOVEYOU ALL VERY MUCH <3<3

PART 1 : aku nak kenal kan dengan korang kekasih kesayang aku , die baik , penyayang , slamber , handsome , n banyak die milik aku tahu , hihihhi
[ AZZAMUDDIN AZHAR <3 ] ILOVEYOU SO MUCH :)



PART 2 : aku nak cerita pasal kaka-2 kesayangan aku niy
[KAKA NOR HIDAYATUL & KAKA ZUE ]
diaorang berdue niy yang selalu buad aku rase terharu ,
sebab mereka penyayang :)

[KAKA NOR HIDAYATUL ]

[ KAKA ZUE ]

PART 2 : aku nak kenal kan dengan adek-2 aku yang manje-2 niy 
tomey-2 sume tau adek-2 aku , niy die budak nye 
[ ADEK AZZAM,ADEK EQA,ADEQ ECAH,ADEK PIQA,&ADEK MIMIE ]

           [ADEK AZZAM ] == adek lelaki yang paling manje ,
               alolo tgk muke die to hihihihi syg adek lah ,

[ADEK EQA ] == niy bakal adek ipar aku tau , cantek kan die ,
 tengok la abg die hihihhi ,
 sayang adek lah

               [ADEK ECAH ] == niy adek aku yang tomey ,
                                    selalu kalo nampak aku kad sekolah mesti nak 
                                              'BYE-2' hihihihi sayang adek jugak lah


[ ADEK PIQA ] == niy adek paling manje kalo kad uma ,
 die selalu buad aku nages , HAHAAH !
sayang adek jugak lah .

[ ADEK MIMIE ] == niy adek sedare aku yang paling sengal , selalu buad lawak ,
hahahaha ! sume uma mak long kalo kau tade budak ! aku sayang kau jugak .

PART 3 : aku nak kenal kan dengan sorang mamat niy , die yang paling rapat dengan aku
die SINGLE tau mari-2 usha bang HANDSOME niy , hihihhi my brother kacak tau ,
[ BANG AYIE JOSH ]

 [ AYIE JOSH ]
[ FADLI SYUKRI KOD NAME DIE ]
 OKEY SAYANG KAU SEBAGAI KAWAN OKEY .

okey mereka-2 di atas adalah CARTA HATI aku ,
yang sentiase bagi aku semangat kad aku ,
selalu buad aku gelak , bagi nasihat ,
HAHAAH ! aku mmg suke susa kan korang SORRY TO SAY okey :')
harap jangan ade salah faham tau , 
SENYUM TAK PERLU KATA APA-2 :)




Monday 16 January 2012

MENGENALI TETANG CINTA :')



CINTA tidak mengenal usia dan latar belakang , ia bule datang pada bila-2 masa saja .
Jadi bagaimana mengenali , bila dan bagaimana seseorang itu dihinggapi rasa cinta ?
cuba semak tanda-2 jatuh cinta di bawah supaya dapat melengkapi diri sebelum
menghadapi atau mengatasinya

TANDA-2 JATUH CINTA ATAU DILAMUN CINTA

sukar melelapkan mata 
 -  sejak berkenalan , ingatan anda kepada sidia menebal

sentiasa berdebar
-   perasaan anda sentiasa berdebar-2 jika bertembung , malah anda jadi mengelabah dihampiri sidia 

suka ambil tahu
 -  anda semakin berminat mengambil tahu latar belakang dan perkembangan sidia .
 -  anda tekun mendengar cerita mengenali sidia dan bertanya daripada kawan-2 rapatnya tentang sidia

resah gelisah
- hati gelisah apabila sidia tidak kelihatan ,
- anda tercari-2 jika terlihat kelibat atau bayangannya .

dihinggapi cemburu 
- anda cemburu apabila sidia melayan orang lain sekalipun kawan-2nya .
- sikap itu amat ketara sehingga disedari kawan-2 anda .

hobi baru ( termenung )
- anda suka termenung dan dimaa anda terbayang wajah sidia dan anda bersamanya .

dating
- ada saja alasan untuk berjumpa atau secara terang menawarkan berjumpa ,

rindu
- setiap saat anda mengingatinya dan apa yang dipandang akan mengingatkan anda kepada sidia .

berubah sikap 
- kehadiran sidia berjaya mengubah sikap anda .

memberi hadiah
- anda memberi sidia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh atau sudah lepas .

menjaga penampilan
- penampilan anda semakin matang sehingga nampak mempersonakan .

defensif
- pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik . anda akan mempertahankan sidia


SELESAI SUDAH TIP-2 TETANG CINTA , ANDA SUKA ? OKEY TERIMA KASIH ,
SILA FOLLOW DAN LIKE OKEY :')




Friday 9 December 2011

KISAH SI GEMOK :')



SELAMAT DATANG KE BLOG KITE TAU :') 

JOM KENAL DENGAN PEMILIK BLOG NIY ::

hey ! hey ! pemilik blog niy seorang yang HAPPY :')
saya seorang yang suke gelak-II tak kire la die sakit ke ape ke ,
yang penting saya ceria , hehehehe !
name saya NUR SYAZMIRA TASYA BTE ZAINUDDIN sedapkan name kite hihihihi
 (okey perasaan). Name selalu orang panggil kite SYASHA CACA .
kite berusia likungan 17 tahun  , hahaha ! bodoh seyh die niy :')
okey mengaku diri niy bodoh ! sebab kite bodoh la kite pergy sekolah .
kite sekolah dekat SMK. DATUK MENTERI ,
kite budak sekolah lagy , tahun depan kite SPM ,
takut seyh nak SPM , dah la rajin sangat bace buku ,
tapela yang penting usaha :')
kite stay dekat TAMAN SURIA AYER HITAM , BATU PAHAT JOHOR ,
okey mesti ramai tahu rumah kite kan , datang la hihihihi :P
kite dilahirkan di HOSPITAL KLUANG ,
kite lahir pade 10/08/1995 ,
okey kite niy seorang yang sporting , suke bergaul dgn sape je ,
tapi kite tak suke dengan orang yang bajet cantek n blah-2 ,
kalo kawan buad care kawan jangan nak talam due muke ,
sape yang kenal kite die tahu peragai kite mcm mane ,
lagi satu kite niy cepat SENTAP !
hehehe jangan plek la lw tertibe kena maki hamun ,
okey la cukup kod pasal benda niy ,
mintak maaf kalo ade tersalah tersasul n sebagai nya ,
kbaiii ! ILOVEYOU ALL

JANGAN LUPE FOLLOW :')